Tujuan SPR melaksanakan pendaftaran melalui PPS (parti) adalah utk menggalakkan jutaan rakyat terutama golongan muda (4.39 juta) utk segera melaksanakan tanggungjawab mendaftar dgn kadar segera. Pendaftaran dimudahkan tanpa birokrasi i.e; tanpa pergi ke Pejabat Pos Besar @ Pejabat SPR Negeri.
PPS mewakili Tuan/Puan utk berurusan dgn SPR termasuk;
- Penyerahan "Borang A" yg telah diisi ke Pejabat SPR Negeri Tuan/Puan tinggal
- Memantau setiap nama yg telah dihantar dimasukkan di dalam Daftar Pemilih setelah pengwartaan (gazetted)
- Berhubung terus dgn Tuan/Puan melalui hp @ email utk pengesahan atau jika terdapat sebarang pertanyaan dan pemakluman.
SYARAT PENDAFTARAN
- Pendaftaran hanya untuk pengundi yg masih belum pernah mendaftar. Sila berhubung dgn PPS utk penerangan proses urusan pertukaran tempat mengundi, jika perlu.
- Umur pengundi hendaklah memasuki 21 tahun. Bakal pengundi yg belum memasuki 21 tahun juga dialukan utk mengisi borang ini, namun pendaftaran anda hanya akan diserahkan ke SPR sebaik usia anda menjangkau DOB ke-21. Jika anda tidak pasti status pendaftaran anda, semakan Daftar Pemilih blh dibuat di sini; http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/
TARIKH TUTUP
Tiada tarikh tutup bagi pendaftaran.
Pendaftaran adalah sepanjang tahun, namun pengwartaan nama pemilih baru hanya dibuat setiap 3 bulan. Untuk pengwartaan bagi Suku Ke-3 2010, tarikh tutup penyerahan borang pendaftaran ke SPR adalah sebelum 30-09-2010. Insya Allah semua maklumat yg di isi di dalam Borang Online ini sebelum tarikh 15-09-2010 akan berjaya didafatrakan di dalam daftar pemilih SPR utk Suku Ke-3 2010.
PERTANYAAN
Utk sebarang persoalan, Tuan/Puan blh berhubung terus melalui email kepada wakil PPS (kamaruddin.mohdjamil@gmail.com) atau tel (04-13339823 Australia / 013-2226018 Malaysia).
Pertanyaan juga blh dibuat terus di Pejabat SPR atau rujukan melalui website http://www.spr.gov.my
Terima Kasih.