Thursday, July 22, 2010

Memahami sistem pendaftaran mengundi Malaysia

Merujuk kepada sistem pilihan raya yg ada di Malaysia pada masa ini, setiap warga Malaysia adalah berkewajipan untuk MENDAFTAR untuk mengundi secara "manual" demi menjadikan mereka sebagai seorang pengundi yg layak mengundi.

Malaysia masih belum menggunakan sistem pendaftaran secara automatik seperti kebanyakan negara maju. Perjuangan ke arah sistem pendaftaran secara automatik tatkala memasuki umur 21 tahun sedang diperjuangkan oleh ramai pemimpin negara. Suatu perubahan dasar perlu dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

Hasil dari kelemahan itu juga mengakibatkan begitu ramai rakyat yg berhak mengundi, terutamanya golongan muda dan pengundi kali pertama yg kurang peka gagal melaksanakan pengundian ketika tempoh dan hari mengundi.

Tindakan mendaftar dengan segera sebaik pemngumuman pilihanraya adalah suatu amalan yg tidak memberi apa-apa kesan disebabkan setiap nama yg baru didaftarkan memerlukan tempoh hampir 60 hari sebelum diwartakan.

Ada beberapa proses pengesahan dan pemantauan yg perlu dilakukan oleh SPR sebaik setiap nama baru didaftarkan, sebelum ianya diwartakan (digazetkan).

Oleh itu, pendaftaran segera, "HARI INI", adalah suatu tindakan yg paling perlu dilakukan oleh setiap rakyat!

No comments:

Post a Comment